Sinopsis Siccin 3: Curmu Ask 2016 :
Movie ketiga dari franchise Siccin masih lagi menggunakan hasil karya tulisan dan arahan Alper Mestci. Siccin 3 mengisahkan tentang kehidupan Orhan (Adnan Koç) dan Kahder (Büsra Apaydin) yang bahagia dengan alam perkahwinan diorang ditambah pula bila Kahder disahkan mengandung anak pertama.
Tapi kebahagiaan tu berakhir bila Kahder keluar dengan abangnya, Sedat (Cem Uslu) dan anak Sedat, Mahamed (Ömer Musab Küçükler). Selepas Sedat dapat call, dia buat u-turn secara terburu-buru hingga dilanggar lori. Disebabkan kejadian tu, Mahamed lumpuh dan trauma manakala Kahder pula terlantar di rumah dan murung. Orhan yang sayang sangat dengan Kahder menguruskan rumah dan menjaga Kahder selepas pulang dari kerja.